Skip to main content

Khamis, Januari 29, 2026 | 10 Syaban 1447

Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka 2025

Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka 2025


𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀, 1 Disember 2025 bersamaan 10 Jamadilakhir 1447H

Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) dengan penuh komitmen telah mengurus setiakan Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka Tahun 2025. Majlis penuh berprestij ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan telah berlangsung dalam suasana gilang-gemilang di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, Melaka.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YAA Dato’ Hj Mohd Amran Bin Mat Zain Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YB Datuk Rahmad Bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Yang Berhormat Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Yang Amat Arif Tuan Haji Azzeman Bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

YAA Tuan Haji Azzeman Bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie MSNM dalam ucapan alu-aluan mengharapkan agar semua Peguam Syarie yang telah diterima masuk dan ditauliahkan sebagai Peguam Syarie telah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah bagi membantu masyarakat, khususnya di Negeri Melaka dalam sebarang permasalahan berkaitan perundangan Syariah. Profesion sebagai Peguam Syarie dalam bidang Perundangan Syariah adalah sebagai individu yang membantu mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah, memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada pihak-pihak.

Manakala YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dalam ucapan perasmiannya, telah menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima tauliah dan menyifatkan pentauliahan ini sebagai pengiktirafan terhadap usaha keras, disiplin dan pengorbanan para calon sepanjang perjalanan profesional mereka. Beliau menegaskan bahawa profesion guaman syarie kini menjadi elemen penting dalam membentuk masa depan keadilan Syariah di Melaka. Peningkatan profesion ini telah meningkat dari 538 orang Peguam Syarie yang beramal di Negeri Melaka pada tahun 2024 kepada 593 orang setakat November 2025. Peningkatan jumlah ini menggambarkan perkembangan yang amat memberangsangkan dalam ekosistem Perundangan Syariah Negeri Melaka.
Dalam ucapan tersebut, beliau turut berkongsi kejayaan terbaru Mahkamah Syariah Negeri Melaka antaranya daripada 𝟒,𝟓𝟗𝟎 𝐤𝐞𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐫𝐞𝐤𝐨𝐝𝐤𝐚𝐧 𝟑,𝟎𝟏𝟕 𝐤𝐞𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡.

Selain itu Penggunaan 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐞-𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐕𝐞𝐫𝐬𝐢 𝟑 secara holistik telah menjadikan pendaftaran dan semakan kes dengan lebih cepat, mudah dan telus. Manakala Khidmat bantuan guaman serendah 𝐑𝐌𝟏𝟎 oleh Jabatan Bantuan Guaman Melaka telah berjaya memastikan akses keadilan turut diberikan kepada golongan berpendapatan rendah. Beliau juga turut memaklumkan bahawa beberapa inisiatif baharu sedang dirangka, termasuk 𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐧𝐚𝐤𝐦𝐞𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥 (𝐅𝐢) bagi menambah baik pengurusan kes.

YAB Datuk Seri Utama telah melakukan simbolik perasmian dengan pengistiharan pentauliahan kepada semua Peguam Syarie. Seramai 55 orang Peguam Syarie telah ditauliahkan pada hari ini yang terdiri dari 20 orang Peguam Syarie lelaki dan 35 orang Peguam Syarie perempuan. Selain itu, lapan (😎 penerima tauliah khas iaitu tiga (3) orang pegawai dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, empat (4) orang pegawai di Jabatan Bantuan Guaman dan seorang (1) pegawai di Bahagian Sokongan Keluarga di MSNM. Untuk rekod semua Peguam Syarie telah diterima masuk di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 1 Disember 2025.

Tahniah diucapkan kepada semua Peguam Syarie yang ditauliahkan dan semoga semua Peguam Syarie yang ditauliahkan dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh integriti dan dapat menjadi pemangkin dalam usaha meningkatkan martabat Mahkamah Syariah agar terus disegani dan dihormati. Profesion Peguam Syarie sangat penting sebagai sahabat mahkamah khususnya dan kerajaan negeri umumnya ke arah membantu menyelesaikan kes pihak-pihak yang bertikai dengan adil dan saksama. Secara tidak langsung dapat merealisasikan visi kerajaan menuju negeri lestari berteraskan kesejahteraan kehidupan berkeluarga.

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuah
#BeraniLaksanaJebat
#ManaLagiMelakaLer
#MalaysiaMadani
#syariahasaskeadilan